PARIS: Pihak berkuasa undang-undang Perancis menahan 176 orang pada Khamis di tengah-tengah bantahan terhadap polis yang menembak mati seorang pemandu syarikat penghantaran berusia 17 tahun di pinggir bandar Paris awal minggu ini.
Ia berlaku ketika pihak berkuasa tempatan di Perancis melaksanakan perintah berkurung waktu malam di wilayah Clamart Neuilly-sur-Marne, Savigny-le-Temple dan Compiegne sehingga Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Valerie Pecresse, presiden wilayah Ile-de-France, turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis bagi melindungi pekerja dan penumpang.
Laurent-Franck Lienard, peguam pegawai polis yang dituduh menembak pemandu itu yang dikenali sebagai Nahel M., berkata mereka akan membantah waran tangkap ke atasnya, sambil menambah anak guamnya bertindak "mematuhi undang-undang."
Nahel ditembak mati oleh pegawai polis di pinggir bandar Nanterre di Paris selepas dia gagal berhenti semasa pemeriksaan lalu lintas.
Kematiannya mencetuskan bantahan di Nanterre, yang membawa kepada pertempuran semalaman antara penunjuk perasaan dan polis.
Pada Khamis, pendakwa raya Perancis berkata pegawai yang membunuh remaja itu telah didakwa ata tuduhan pembunuhan sukarela dan diletakkan dalam tahanan praperbicaraan.
Terdahulu, ketegangan meningkat semasa perarakan peringatan yang diketuai ibu Nahel di Nanterre. Polis Paris melaporkan lebih 6,000 orang menyertai perhimpunan bantahan itu, menurut laporan itu.
Seorang wartawan Anadolu di lapangan berkata polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan peserta.
Menurut Radio France, polis Paris menahan tujuh penunjuk perasaan.
Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin memberitahu pemberita pada Khamis bahawa 40,000 pegawai polis, termasuk 5,000 di Paris, akan dikerahkan di seluruh Perancis Jumaat untuk berhadapan kemungkinan demonstrasi.
Terdahulu hari itu, Darmanin dalam hantarannya di Twitter berkata jumlah tangkapan meningkat kepada 150 berikutan pembunuhan Nahel.
Bantahan turut tercetus di ibu negara Belgium pada Khamis untuk menyokong bantahan di Perancis.
Menurut media tempatan, sekumpulan anak muda mengeluarkan gesaan di media sosial supaya menyokong demonstrasi di Perancis, yang membawa kepada penunjuk perasaan berkumpul di daerah Anneessens yang terletak di tengah-tengah Brussels dan membaling batu, memecahkan tingkap di perhentian bas dan membakar beberapa kenderaan.
Anggota bomba telah dihantar ke kawasan itu, lapor Agensi Anadolu.
Pertembungan juga berlaku antara polis dan penunjuk perasaan di Maurice Lemonnier Boulevard di tengah bandar.
Stesen metro Anneessens ditutup dan kenderaan dilarang daripada memasuki kawasan itu.
Polis dilaporkan menahan kira-kira 10 penunjuk perasaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Seorang penunjuk perasaan cuba melarikan diri daripada polis pada malam ketiga rusuhan yang berlaku susulan kejadian seorang remaja ditembak anggota polis. - Foto AP
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Ribuan rakyat Israel tunjuk perasaan gesa Netanyahu disingkir, bebaskan tebusan
Netanyahu dikritik sebagai orang yang bertanggungjawab membawa malapetaka kepada rakyat Israel.
Ribuan rakyat Israel turun ke jalanan protes kerajaan
Penunjuk perasaan juga menuntut kerajaan membuat perjanjian untuk 134 tebusan yang ditahan di Gaza.
Ribuan sertai tunjuk perasaan anti-kerajaan Israel
Peserta tunjuk perasaan gesa Benjamin Netanyahu letak jawatan, desak pilihan raya segera diadakan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Polis Pakistan tahan ratusan wanita kerana lancar protes
Protes itu diadakan kerana membantah kehilangan dan pembunuhan anggota keluarga mereka.
Ribuan berkumpul di luar Parlimen UK, desak gencatan senjata di Gaza
Orang ramai berkumpul di luar Dewan Parlimen di London pada Rabu menuntut agar Ahli Parlimen mengundi menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
Ribuan sertai protes pro-Palestin di London
Jalan-jalan di kota London dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang berselimutkan bendera Palestin.
Pakistan bersolidariti ke atas rakan se-Islam Palestin
Perhimpunan anjuran Yayasan Pakistan-Palestin di ibu kota Karachi itu dihadiri pelbagai lapisan golongan dan usia segmen usia.